Nampaknya bulan Mei tahun hadapan bakal jadi bulan yang hebat untuk peminat dunia perfileman. Dikhabarkan filem John Wick 3 sudah tamat penggambaran dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jika tiada halangan, John Wick 3 akan menemui peminat pada 16 Mei 2019.

Halle Berry yang turut terlibat untuk filem ketiga John Wick berkongsikan gambar beliau memegang gelas menandakan tamatnya penggambaran untuk filem John Wick. Halle berpendapat filem ini akan menjadi sebuah filem aksi yang hebat dan beliau sendiri sudah tidak sabar untuk menonton filem penuh John Wick 3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk filem ketiga ini, negara Jepun akan menjadi medan ‘pertempuran’ John Wick menentang The Continental. Dikhabarkan, aktor Jepun Hiroyuki Sanada yang sebelum ini membintangi The Wolverine dan The Last Samurai akan turut sama menjadi watak penting untuk filem terbaru John Wick ini.

Rasanya ramai yang sudah tidak sabar utuk menyaksikan filem ini. Avengers 4 akan ditayangkan pada 2 Mei dan John Wick pula 16 Mei. Nampaknya John Wick 3 akan ‘berentap’ dengan Avengers di pawagam tahun hadapan. Tetapi John Wick tidak gentar kerana beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri.