Nampaknya Lionsgate bukan sahaja mahu kita teruja dengan filem ke-4 John Wick, tetapi juga untuk filem ke-5 John Wick yang akan dirakam terus secara back to back tahun hadapan.

Perkara berkenaan disahkan oleh CEO Lionsgate, John Feltheimer dan beliau berkata studio berkenaan sedang sibuk menyediakan skrip untuk dua filem akan datang John Wick.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

“Kedua-dua filem ini kami jangka akan berada di pawagam pada tahun 2022. Rakaman akan bermula selepas Keanu Reeves kembali tersedia awal tahun hadapan,” kata John.

Pada ketika ini, Keanu Reeves sedang fokus berlakon untuk filem Matrix 4 dan disebabkan COVID-19, penggambaran terpaksa ditunda dan mengganggu jadual penggambaran untuk John Wick. Jika tidak, kita sudah boleh menonton John Wick 4 seawal Mei 2021.

Sementara menanti John Wick 4, filem akan datang Keanu Reeves adalah Bill & Ted Face The Music yang dijangka berada di pasaran pada 28 Ogos 2020 ini; sekiranya ia tidak ditunda pada minit-minit akhir.

Dalam satu temu bual, sebab utama John Wick dipilih sebagai tajuk adalah kerana Keanu kerap lupa tajuk asal filem berkenaan. Baca lagi pada pautan di bawah.

John Wick Dipilih Sebagai Tajuk Selepas Keanu Reeves Kerap Lupa Nama Asal Filem Tersebut

‘John Wick: Chapter 3 Parabellum’ Pengakhiran Yang Penuh Aksi Dan Kejam

Lihat Dedikasi Keanu Reeves Berlatih Untuk Watak John Wick

Anda Mungkin Suka