Ada peminat filem John Wick? Nampaknya John Wick akan kembali untuk siri TV pula. Siri TV ini merupakan prequel kepada dua filem John Wick sebelum ini.

Saya tahu peminat setia John Wick pasti teruja dengan berita ini dan menurut pengarah John Wick, Chad Stahelski tidak mahu siri TV ini menumpukan sepenuhnya kepada John Wick tetapi lebih kepada The Continental, hotel pembunuh upahan yang terdapat dalam filem ini.

Penonton sudah diperkenalkan dengan Continental Hotel ketika filem pertama dan dalam filem John Wick: Chapter 2 telah mendedahkan yang Continental Hotel terdapat di seluruh dunia. Jadinya ia adalah tempat berkumpul pembunuh upahan untuk berkongsi maklumat atau perlindungan.

“Rasanya Keanu Reeves akan membuat penampilan dalam filem ini. Tetapi itu tidak begitu penting kerana untuk siri TV ini, ianya tidak hanya tertumpu pada John Wick tetapi lebih daripada itu. Kita akan expand kepada beberapa watak di mana kita akan ikut mereka menjalankan misi,” tambah Chad.

Tiada tarikh lagi bila siri TV ini akan ke udara. Ianya John Wick. Pastinya berbaloi penantian untuk siri TV ini nanti. Kalau anda tidak pernah tonton John Wick, silalah tonton. Memang best.