Pastinya filem John Wick: Chapter 3 Parabellum ini memiliki peminatnya tersendiri. Filem aksi ini dikhabarkan berjaya mengutip sekurang-kurangnya $55 juta pada minggu pertama mengatasi kutipan filem Avengers: Endgame yang hanya mengutip $30 juta (kini di minggu keempat tayangan).

Ini menunjukkan pencapaian yang memberansangkan untuk filem tersebut. Akan tetapi, filem Avengers: Endgame masih lagi kekal box office di seluruh dunia. Cuma, filem John Wick akan mendekati kutipan Avengers tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Para peminat yang menonton filem John Wick dari siri yang pertama pasti tidak akan melepaskan peluang menonton siri yang ketiga ini kerana ia lebih penuh aksi. Bagi anda yang sudah menonton, pasti anda bersetuju yang filem John Wick: Chapter 3 Parabellum ini lebih babak aksi daripada filem sebelumnya.

Baca lagi: ‘John Wick: Chapter 3 Parabellum’ Pengakhiran Yang Penuh Aksi Dan Kejam

Sumber