Tell them. Tell them all. Whoever comes, whoever it is… I’ll kill them. I’ll kill them all.” Ucapan keramat John Wick (Keanu Reeves) mengakhiri John Wick: Chapter 2 dua tahun yang lalu.

Setelah dilabel ‘Excommunicado’ oleh pihak High Table dan The Continental, open contract bernilai USD14 juta dibuka untuk mana-mana agen yang berjaya membunuh John Wick dan Chapter 3 bakal membawa anda perjalanan penuh berliku John Wick untuk terus survive.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk anda yang mungkin sudah ingat-ingat lupa atau belum pernah menonton mana-mana filem John Wick 3 sebelum ini, anda boleh tonton dahulu recap 60 saat oleh Keanu Reeves di bawah terlebih dahulu.

Ramai rasanya yang sudah menjadi antara yang terawal menonton filem ini di pawagam walaupun filem ini secara rasmi hanya akan berada di pawagam 16 Mei ini. Pengkritik filem dalam dan luar negara bersetuju Parabellum adalah karya terbaik John Wick. Jadi adakah benar Parabellum ini karya terbaik John Wick?

1. Aksi pergaduhan yang fresh dan mengujakan

Ada sebabnya mengapa filem ini khas untuk penonton berusia 18 tahun ke atas. Boleh dikatakan 70% filem ini adalah adegan aksi dan hanya 30% adegan santai/bercakap membuatkan anda tidak senang dan teruja sehingga ke penghujung filem.

Ada aksi pergaduhan yang kami rasa sangat fresh dan inovatif dalam Parabellum. Salah satunya adalah adegan bergaduh dengan pisau. Bukan bergaduh pisau biasa-biasa, tetapi pergaduhan yang sangat gore dan ganas. Owh, jika di filem pertama John Wick bunuh orang dengan pensil, untuk filem ini beliau guna pula buku. Apa sahaja yang dipegang oleh John Wick pasti boleh menjadi senjata kepada beliau.

2. Every Action Has Consequences

https://www.youtube.com/watch?v=pGhPNd59pmQ

John wick dan agen-agen The Continental yang lain berpegang kepada prinsip ini. Di sini beberapa individu antaranya Sofia (Halle Berry) perlu memberi bantuan kepada John Wick kerana sumpah janji yang telah dibuat.

Mereka sangat berpegang pada sumpah janji yang telah dibuat walaupun mereka tahu nyawa mereka dalam bahaya jika melaksanakan janji tersebut. Disebabkan itu filem John Wick ini berada di kelasnya yang tersendiri.

3. Gandingan epik Sofia & John Wick

wick sofia

Ingatkan John Wick sahaja yang ‘gila’, rupanya ada juga agen lain yang ‘gila’ seperti beliau. Babak pertempuran Wick dan Sofia dalam Parabellum adalah antara babak paling ikonik dalam filem ini. Halle Berry membuktikan beliau masih relevan dalam dunia filem Hollywood. Dan ya, mereka berdua sangat sayangkan anjing belaan masing-masing.

4. Indonesia di Hollywood

Indonesia Wick

Saya yakin, di Asia Tenggara rakyat Indonesia lah yang paling gembira jika menonton filem Parabellum ini nanti. Mana tidaknya, dua pelakon aksi mereka, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman mendapat watak yang agak hebat dalam filem ini. Tidak lagi sekadar penjahat yang menempel ketua penjahat dan mati dengan mudah.

Yayan dan Cecep siap diberi dialog untuk bercakap dalam filem ini! Bukan biasa-biasa.

Kekuatan utama filem ini sudah tentu terletak pada aksinya. Ternyata pengalaman pengarahnya iaitu Chad Stahelski sebagai martial artist dan stuntman yang pernah menggantikan mendiang Brandon Lee dalam The Crow (1994) serta sering bekerjasama dengan Yuen Woo Ping satu ketika dahulu banyak membuahkan hasil.

Gerak tempur dikoreograf dengan sempurna dan memaparkan angle dan aksi visual yang menarik. Tidak dapat dinafikan chemistry beliau dengan Keanu Reeves yang terjalin sejak menjadi stunt double filem The Matrix (1999) sekali lagi menjadi faktor kejayaan filem-filem John Wick ini.

Parabellum juga secara tidak langsung membuat homage untuk filem ikonik Bruce Lee, Enter The Dragon (1973). Siapa yang dapat melupakan pertempuran di bilik berkaca serta pertarungan di setiap level sebelum bertarung dengan bos besar dalam Enter The Dragon. Pertempuran ini dibuat semula dalam versi John Wick.

Kehadiran watak baharu dalam Parabellum, Judicator merumitkan lagi hidup John Wick dan rakan-rakannya dalam Parabellum. Anda pasti rasa geram dengan sikap Judicator ini yang terlalu strict dan tidak mempunyai belas kasihan.

Sekiranya anda berpaksikan laman Rotten Tomatoes untuk menentukan sesuatu filem itu best atau pun tidak, John Wick: Chapter 3 – Parabellum mendapat rating 98% di sana ketika ulasan ini ditulis. Kami pula memberikan rating 8.5/10 untuk John Wick. Cuma kami sedikit tidak puas hati dengan pengakhiran filem ini yang ‘tergantung’. Anda pula?

Sumber