Pengaruh Keanu Reeves sangat besar dalam filem John Wick sehinggakan nama filem tersebut ditukar kepada John Wick selepas Keanu kerap lupa nama asal filem berkenaan.

Penulis filem John Wick, Derek Kolstad memberitahu comicbook.com Keanu kerap merujuk filem ‘Scorn’ (nama asal filem John Wick) sebagai John Wick sahaja. Apabila terlalu kerap Keanu terlupa nama filem tersebut, mereka ambil keputusan untuk tukar terus nama filem tersebut kepada John Wick.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/senormarkymark/status/1267326584014409730

https://twitter.com/theseusindigo/status/1267081774091448321

“Sebab utama filem berkenaan dipanggil John Wick adalah kerana Keanu kerap memanggil filem berkenaan sebagai John Wick sahaja. Rakan di bahagian pemasaran merasakan ia satu idea yang baik dan kami pilih untuk tukar nama filem ini daripada Scorn kepada John Wick. Saya tidak dapat bayangkan filem ini dipanggil Scorn pada ketika ini,” kata Derek.

Derek turut berkata kepentingan untuk sesuatu siri mempunyai branding yang kuat. Derek berkata John Wick adalah antara contohnya dan beliau gembira apabila pemilihan nama tersebut berjaya menjual dan memahat siri berkenaan dalam ingatan peminat.

Filem Extraction di Netflix baru-baru ini viral apabila banyak kereta Proton digunakan dalam filem tersebut. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Pengarah Filem Extraction Jelaskan Mengapa Kereta Proton Digunakan Di Dalam Filemnya

Gara-Gara Tersalah Cakap, Fizi Dari Upin & Ipin ‘Diserang’ Netizen Indonesia Dan Malaysia

Warner Bros Umum Justice League Versi Zack Snyder Akan Ditayangkan Tahun Hadapan

Sumber