Siapa sahaja tidak mengenali pelakon terkenal Johnny Depp yang berbakat dan sentiasa berjaya menghidupkan watak yang dilakonkan seperti dalam filem Pirates of Caribbean, Charlie Chocolate Factory, Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald dan banyak lagi. Pasti ramai tidak tahu bahawa Johnny Depp sebenarnya menjadi mangsa dera bekas isterinya, Amber Heard.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Amber Heard memfitnah Johnny Depp dengan mengatakan beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Justeru itu, ada warganet yang mengambil inisiatif untuk memboikot filem lakonan Johnny Depp sebagai tanda sokongan terhadap Amber.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun 2015, jari Johnny Depp pernah cedera parah kerana ditoreh oleh Amber. Namun, beliau tidak pernah menceritakan perkara berkenaan kepada sesiapa. Namun, beliau tetap berjenaka kepada sesiapa yang bertanya tentang jarinya dan mengatakan luka berkenaan berpunca daripada satu kemalangan yang beliau alami.

https://twitter.com/tvsnmovies/status/1105601217856786432?s=12

Disebabkan fitnah yang dilemparkan oleh Amber Heard, ia sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi Johnny Depp dalam industri seni dan kenyataan tersebut sebenarnya hanya untuk kepentingan Amber Heard meraih simpati serta publisiti. Kontroversi yang melanda Johnny Depp dan Amber Heard ternyata menjadi buah mulut warganet tentang siapa yang betul, siapa yang salah.

Johnny Depp baru-baru ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman sebanyak $50 juta (~RM200 juta) terhadap Amber Heard setelah Amber tampil dengan kenyataan bahawa beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun, berkahwin pada tahun 2015 dan bercerai pada tahun 2016.

Menurut peguam Johnny Depp, sebelum ini Amber Heard pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa beliau pernah bertindak ganas pada Johnny Depp. Malah, Johnny juga mendakwa Amber pernah bermain cinta dengan pemilik Tesla, Elon Musk sebulan selepas mereka berkahwin.

https://twitter.com/Ayyuz_/status/1105555453570887681

Kecoh di Twitter semalam apabila Johnny Depp menyerahkan bukti seperti rakaman daripada CCTV dan gambar beliau tercedera kepada mahkamah menjadi bualan warganet. Warganet mula berasa bersalah kerana berpihak kepada Amber Heard sebelum ini dan memboikot Johnny Depp sedangkan beliau tidak bersalah.

Rakan selebriti yang mengenali Johnny Depp mengatakan bahawa beliau seorang yang penyayang dan tidak akan bertindak ganas seperti yang didakwa oleh Amber. Malah, bekas isteri Johnny Depp terdahulu dan anaknya juga mengatakan hal yang sama.

https://twitter.com/winonasrider/status/1105670082364166144

Kini anda tahu siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah. Amber Heard ‘berlakon’ menjadi mangsa tetapi mangsa yang sebenar dalam isu ini adalah Johnny Depp. Kami yakin, ‘Jack Sparrow’ kami tidak akan bertindak ganas pada wanita.