Johnny Depp mendakwa dirinya kini sedang diboikot oleh para pengarah di Hollywood berdasarkan temu bual beliau bersama akhbar di United Kingdom, The Sunday Times.

Temu bual tersebut menandakan perbualan pertama beliau selepas kalah dalam saman fitnah terhadap akhbar The Sun, yang menuduh Depp sebagai seorang ‘wife beater’ dalam artikel tentang beliau dan bekas isteri Amber Heard.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Depp telah melepaskan wataknya dalam siri Fantastic Beast dan sejak daripada itu, beliau tidak lagi menerima sebarang tawaran lakonan. Studio di sebalik filem terakhir beliau (Minamata), MGM juga tidak menayangkan lagi filem tersebut di Amerika Syarikat sedangkan ia sudah pun ditayangkan di U.K tahun lalu.

Beliau berkata mesej yang ingin disampaikan dalam Minamata boleh menyentuh perasaan mereka yang menontonnya dan berkata kemungkinan filem tersebut tidak lagi ditayangkan di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh dirinya.

Dalam temu bual itu juga, Depp berkata beliau kini dalam usaha untuk membersihkan kembali namanya dalam industri. “Anda tahu, saya dalam perjalanan untuk membetulkan keadaan dan berharap kebenaran akan muncul nanti,” katanya.

Depp turut berterima kasih kerana peminat masih di belakangnya dan menyokong setiap karya baharu daripada beliau. Jika benar apa yang diungkapkan oleh Johnny Depp, kita mungkin tidak dapat lagi melihat beliau dalam mana-mana filem besar di Hollywood di masa akan datang.

Ini beberapa artikel lain berkaitan Johnny Depp. Baca lagi pada pautan di bawah.

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Johnny Depp Dipaksa Keluar Daripada Siri Fantastic Beasts

Selepas Dibuang Oleh Disney, Peminat Mahu Lihat Johnny Depp Dalam One Piece

Anda Mungkin Suka