Secara tiba-tiba, nama Johnny Depp naik untuk membawa watak Joker dalam filem Batman versi Robert Pattinson. Walaupun masih belum rasmi sama ada Depp benar-benar memegang watak ini, ia sedikit sebanyak sudah buat peminat setia Batman teruja.

Khabar angin ini muncul selepas Warner Bros dilaporkan sedang mencari pelakon untuk membawa watak Joker dan Johnny Depp dilihat sebagai calon paling ideal untuk watak tersebut.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Ramai berpendapat Depp sangat sesuai untuk membawa watak Joker yang lebih ‘matang’, sesuai dengan usia Depp ketika ini (57 tahun). Masih ingat lakonan Depp sebagai Gellert Grindelwald dalam siri Fantastic Beast? Beliau tidak perlu jadi ‘gila-gila’ untuk nampak jahat.

Pihak Warner Bros tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi berkenaan khabar angin ini dan fokus utama mereka pada ketika ini pastinya untuk menyiapkan filem The Batman. Jika ia berjaya, pastinya Johnny Depp adalah tambahan menarik untuk trilogi Batman versi Robert Pattinson ini.

Ben Affleck baru-baru ini mendedahkan sebab utama mengapa beliau tidak lagi mahu memegang watak Batman. Baca tentangnya pada pautan di bawah.

Watak Batman Terlalu ‘Deep’, Ben Affleck Dedah Kenapa Tinggalkan DC

Netizen Keliru Bagaimana Batman Boleh Muncul Dalam Drama Bersiri Indonesia Ini

Matt Reeves Kongsi Video Teaser Pertama Robert Pattinson Sebagai Batman

Anda Mungkin Suka