Nampaknya Disney mengambil tindakan drastik untuk reboot kembali franchise Pirates of the Caribbean (POTC) serta tidak mahu mengambil khidmat pelakon Johnny Depp untuk melakonkan watak kapten Jack Sparrow.

Ianya satu kejutan buat peminat franchise ini kerana Johnny Depp adalah wajah penting untuk POTC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Depp sudah menerajui franchise POTC selama 15 tahun dan nampaknya, sudah tiba mada untuk menamatkan pengembaraan beliau bersama Black Pearl.

Ramai beranggapan POTC tidak akan berjaya tanpa Johnny Depp. Beliaulah yang menghidupkan watak Jack Sparrow serta mewarnakan filem POTC dan tanpa kelibat Johnny dalam filem POTC akan datang, pasti peminat akan rasa kehilangan Depp.

Diharap pelakon yang dipilih untuk pegang watak Jack Sparrow nanti dapat membawa watak berkenaan dengan gaya beliau sendiri dan tidak meniru Depp. Bagi anda, siapa yang layak untuk jadi pengganti Johnny Depp?