Ketika ini sedang berlangsungnya sesi perbicaraan antara Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard. Johnny bertindak untuk menyaman Amber sebanyak USD50 juta (~RM215.42 juta) untuk satu tuduhan fitnah dalam satu temu bual dengan Washington Post pada 2018.

Walaupun Amber tidak menyebut nama Depp, tetapi kisah yang dikongsikan itu telah memberi kesan kepada Johnny. Beliau berkata kenyataan yang dibuat telah memusnahkan karier, kehidupan harian serta reputasinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Populariti Johnny Depp memuncak ketika beliau memegang watak Jack Sparrow dalam siri terbitan Disney, Pirates Of The Caribbean (POTC) yang dipegangnya sejak tahun 2003, termasuk filem ke-6 yang masih dalam fasa perbincangan.

Tetapi disebabkan tuduhan terhadap Johnny oleh Amber, Disney dilaporkan membuat keputusan untuk menggugurkan nama Johnny daripada franchise POTC supaya tidak menjejaskan reputasi syarikat tersebut. Depp juga telah digugurkan daripada siri Fantastic Beast dengan alasan yang serupa.

Dalam kenyataan pada Rabu di Mahkamah, beliau dikatakan akan menolak sebarang tawaran baharu daripada Disney untuk kembali membintangi Pirates of the Caribbean 6. Kenyataan itu dibuat ketika sesi soal balas dengan peguam Amber, Ben Rottenborn.

“Faktanya di sini adalah Encik Depp, sekiranya Disney kembali dengan tawaran USD300 juta (RM1.2 Bilion) dan sejuta alpaka, tiada satu pun perkara dapat mengubah fikiran anda daripada kembali bekerjasama dengan Disney untuk filem Pirates of the Caribbean. Benar?” tanya Ben Rottenborn.

“Itu adalah benar, Encik Rottenborn,” jawab Johnny ringkas.

Dengan ini, secara rasmi Johnny Depp tidak akan lagi meneruskan watak beliau sebagai Jack Sparrow dalam mana-mana siri POTC; walaupun sebagai cameo. Perbicaraan kes ini masih lagi berlangsung dan banyak lagi perkara bakal didedahkan oleh Johnny; antaranya tentang bagaimana dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga di tangan Amber Heard.

P/S: Johnny Depp turut mengaku beliau tidak pernah menonton filemnya sendiri tetapi tahu penerimaan orang ramai adalah baik untuk lakonannya. “Saya tidak menontonnya. Tetapi saya percaya filem tersebut mendapat sambutan baik dan mereka (Disney) mahu saya teruskannya; dan saya bersetuju dengan tawaran tersebut,” terangnya.

Selepas tidak lagi diterima di Disney, ada peminat mahu melihat Johnny Depp menyertai franchise siri One Piece pula di Netflix. Baca lagi pada pautan di bawah.

Selepas Dibuang Oleh Disney, Peminat Mahu Lihat Johnny Depp Dalam One Piece

Johnny Depp Dipaksa Keluar Daripada Siri Fantastic Beasts

Johnny Depp Akhirnya Dedah Sisi Sebenar Amber Heard

Sumber