Johor akan menjadi pengeluar utama tenaga mesra alam di Asia Tenggara dengan pembukaan taman tenaga solar di Pengerang. Taman tersebut yang lebih dikenali sebagai “Taman Solar Sultan Ibrahim”, projek bernilai RM1.4 billion itu akan menjadi yang terbesar di Asia Tenggara dengan berkapasiti 450MW (megawatt).

DYMM Sultan Johor berkenan untuk menyempurnakan majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim pada 23 Mac ini, di tapak projek di Pengerang. Ia adalah projek pelaburan swasta berskala besar pertama diperolehi oleh Negeri Johor bagi tahun 2021 atas usaha Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri Johor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjelang tahun 2023, “Taman Solar Sultan Ibrahim” akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi Negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini.

“Projek ini bukan sahaja berupa meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah berupaya menjadikan Johor antara pengeluar penting tenaga boleh diperbaharui secara mesra alam di peringkat antarabangsa.

“Kita bersyukur kerana Johor antara negeri diberkati dengan waktu pancaran matahari yang tinggi. Sudah sampai masanya, kita meneroka sumber ini untuk meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa serta menyumbang kepada penghasilan tenaga boleh diperbaharui,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada minggu lalu melalui pautan di bawah.

Mahu Seluruh Rakyat Terima Internet Sama Rata, Jokowi Minta Tingkatkan Pembinaan ‘Tol Langit’

Mahu Bantu Orang Ramai Bangunkan Teknologi, Toyota Bina Bandar Pintar Di Gunung Fuji