Saban tahun, impian untuk memiliki rumah sendiri terutamanya golongan muda yang bercita-cita untuk memiliki rumah pertama semakin mustahil. Perkara ini disebabkan oleh harga rumah yang semakin meningkat di seluruh Malaysia manakala perancangan untuk menurunkan harga rumah hanya tinggal janji semata-mata.

Oleh itu banyak perumahan yang sudah dibangunkan namun akhirnya terbiar kosong disebabkan tiada pembeli yang mampu memiliki dengan harga hartanah hari ini. Setakat ini, Johor mencatat bilangan rumah siap dibina sepenuhnya iaitu sebanyak 6,066 unit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

E1

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, jumlah unit rumah tidak terjual itu termasuk rumah teres, rumah bertingkat dan rumah berkembar.

Rekod mencatatkan rumah siap dibina bernilai RM500,000 merupakan kategori yang paling banyak tidak terjual. Sebanyak 34.85% rumah teres tidak terjual. Seterusnya apartmen dan kondominium menyumbang 35.25% unit tidak terjual, diikuti dengan rumah bertingkat sebanyak 32.7% dan rumah berkembar sebanyak 10.35%.