Setiap tahun pastinya isu melibatkan hartanah antara yang menjadi buah mulut serta masalah kepada orang ramai. Gagal untuk membeli ekoran harga hartanah terlalu tinggi serta tidak sepadan dengan gaji antara yang menjadi punca.

Dalam pada itu, pihak pemaju pula mempunyai masalah sebaliknya di mana jumlah hartanah tidak terjual dalam negara turut berada di paras yang tinggi. Menurut Bernama pada 14 April lalu, sebanyak 27,746 hartanah bernilai RM18.41 bilion direkodkan gagal mendapat pembeli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan negeri Johor kekal merekodkan jumlah dan nilai kediaman tidak terjual tertinggi iaitu 5,258 unit bernilai RM4.33 bilion diikuti negeri Selangor dengan 3,698 unit bernilai RM2.74 bilion.

Sumber: universiti geomatika malaysia

Prof Dr Noor Rosly yang juga profesor Program Pengurusan Hartanah dan Lelong, Fakulti Perniagaan, Universiti Malaya-Wales berkata, walaupun wujud permintaan untuk kediaman, harga yang ditawarkan pemaju tidak mampu dipenuhi oleh pembeli berpotensi yang turut sukar mendapat pinjaman bank berikutan kedudukan kewangan tidak menepati syarat.

Berdasarkan Laporan Pasaran Harta 2022, hartanah dalam lingkungan harga RM500,001 hingga RM1 juta adalah paling banyak tidak terjual, mewakili 33.6 peratus atau 9,323 unit, iaitu meningkat berbanding 30.2 peratus pada 2021.

Sementara itu, purata kemampuan rakyat adalah rumah berharga sekitar RM250,000 hingga RM300,000. Tidak mustahil sekiranya rumah mampu milik ditawarkan maka lebih ramai individu berpeluang untuk memiliki kediaman sendiri tanpa terbeban dengan isu kewangan yang serius.