Pada akhir bulan Januari lalu, Johor telah menerima gerabak pertama Automated Rapid Transit (ART) untuk membantu meningkatkan kelancaran perkhidmatan pengangkutan awam yang mesra alam di Iskandar Malaysia.
Pada hari Khamis ini, negeri tersebut akan mengadakan ujian rintis Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (IMBRT) selama tiga bulan bermula 8 April hingga 8 Julai. Ujian ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki perkhidmatan bas elektrik sepenuhnya.
In preparation for the upcoming Pilot Testing to take place along Lebuhraya Sultan Iskandar from 11 April to 8 July 2021, there will be lane closure of the fast lane in both directions of Lebuhraya Sultan Iskandar, at KM 4.4 for a stretch of 55mtrs. pic.twitter.com/CI4Acbf8B5
— Iskandar Malaysia BRT (@IMBRTOfficial) March 31, 2021
Menurut Pengarah IMBRT, Rudyanto Azhar, ujian mulai Khamis ini yang akan dilancarkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad adalah bagi jarak sejauh empat kilometer dari Anjung, Medini, Lebuhraya Sultan Iskandar sehingga Horizon Hills.
Tambah beliau lagi, ujian rintis itu juga bertujuan menguji laluan sebenar sekali gus dapat menentukan jenis bas yang bersesuaian untuk digunakan di sekitar kawasan Iskandar Malaysia nanti.
“Sembilan buah syarikat pengeluar bas dari dalam dan luar negara yang terlibat dalam ujian rintis ini menggunakan teknologi hijau sepenuhnya, bekalan tenaga elektrik serta reka bentuk bas yang futuristik.
“Operasi IMBRT dijangka bermula dua tahun lagi iaitu pada 2023 sekali gus mengubah landskap pengangkutan Johor dan negara dalam menyediakan kemudahan bas yang sistematik,” katanya.
Antara model Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) yang akan menjalani ujian rintis selama 3 bulan, mulai Khamis ini.
9 syarikat pengeluar bas elektrik tempatan & antarabangsa akan menyertai ujian rintis itu bagi menguji laluan sekali gus menentukan jenis bas bersesuaian. pic.twitter.com/nPcdyBBd9e
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 6, 2021
Kos pelaksanaan projek ini bernilai sekitar RM2.56 bilion yang dibiayai menerusi beberapa pihak, RM1 bilion (kerajaan pusat) dan RM1.56 bilion (kerjasama swasta-awam).
IMBRT akan menyediakan 55 perkhidmatan penghantar dan 44 perkhidmatan terus, menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,043 kilometer atau hampir 90% daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.
Projek itu merangkumi 33 stesen, dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai. Terdapat tiga laluan utama bagi IMBRT iaitu Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri.
Laluan utama tersebut akan mempunyai dua stesen akhir iaitu di Desa Jaya melalui Laluan Tebrau dan di Anjung menerusi Laluan Iskandar Puteri.
Johor telah menerima bas elektrik yang pertama pada bulan Januari lalu untuk sertai ujian rintis yang akan dibuat selama tiga bulan.
Johor Terima Gerabak Automated Rapid Transit Pertama, Bakal Berikan Manfaat Kepada 3 Juta Penduduk
- SUMBER
- Bernama
- Malaysia Gazette