Pembayaran secara cashless sudah menjadi satu norma biasa yang diamalkan oleh semua orang. Malah, kerajaan sendiri menggalakkan penggunaan cashless dengan menawarkan bantuan secara rebat dan juga mengkhususkan pembayaran secara cashless di beberapa agensi kerajaan terpilih.
Terbaharu, Johor kini dilihat mahu menfokuskan kepada arena cashless menerusi pelaksanaan JohorPay untuk tujuan pembayaran bagi sejumlah perkhidmatan kerajaan negeri tersebut. Difahamkan pembayaran ini sudah diperkenalkan sejak Oktober 2021 lalu dan kini mempunyai lebih 150,000 pengguna.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Malah, JohorPay turut digunakan oleh pihak berkuasa tempatan di negeri tersebut termasuklah pembayaran cukai tanah, cukai harga, pensijilan halal Johor dan beberapa yang lain. Selain itu, JohorPay dijangka akan diperluaskan ke sektor perniagaan, pendidikan dan juga digunakan pada syarikat swasta.
Setakat ini, JohorPay masih menambah sejumlah ciri-ciri dan sokongan pembayaran tersebut secara berperingkat. Menjelang tahun 2025, kerajaan Johor menyasarkan JohorPay digunakan untuk menerima 70% bayaran melibatkan agensi kerajaan negeri tersebut.