Pada hari Rabu yang lalu, Mobilus Sdn Bhd telah menyambut ketibaan gerabak Automated Rapid Transit (ART) pertama ke Johor, yang akan menjadi lokasi  untuk program pandu uji Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) di Iskandar Malaysia pada suku tahun pertama 2021.

ART adalah sistem pengangkutan transit berkapasiti sederhana untuk penumpang di kawasan bandar yang menggunakan teknologi canggih dan dengan kos pelaksanaan yang lebih rendah kerana ia beroperasi menggunakan sumber tenaga bersih seperti elektrik atau hidrogen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap gerabak ART dilengkapi dengan sensor yang boleh membaca trek maya di jalan raya dan bergerak atas laluannya secara automatik. Ia boleh bergerak sehingga 70km/sejam dan membawa lebih dari 300 penumpang dalam tiga buah gerabak. Kapasiti penumpang ART dapat ditingkatkan sehingga kira-kira 500 penumpang dalam lima buah gerabak pada satu-satu masa.

vocket-art-johor-1
Sumber Gambar: Popular Mechanics

Mobilus adalah syarikat usaha sama yang ditubuhkan antara Ireka Corp Bhd dan CRRC Urban Traffic Co Ltd. Menurut Pengarah Urusan Ireka Group, Datuk Lai Voon Hon, beliau menyatakan kedatangan gerabak ART menjadi titik tolak kepada sistem transit lebih besar dan komprehensif untuk Iskandar Malaysia yang merangkumi rangkaian lebih dari 2,000km pada Fasa 1 ini.

Tambah beliau lagi pelaksanaan projek perintis ART akan menjadi batu loncatan untuk membantu meningkatkan pengangkutan awam di Iskandar Malaysia dan seterusnya mempromosikan pembangunan pesat ekonomi dan masyarakat serantau.

China baru sahaja sebuah prototaip kereta api dengan kelajuan 620km/sejam. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

China Berjaya Cipta Prototaip Kereta Api Dengan Kelajuan 620 km/j

Kisah Di Sebalik Video ‘Delivery Day’ Porsche Cayenne Yang Tular Di Media Sosial

Bagaimana Hasil Ciptaan Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Jutaan Nyawa Pemandu Hingga Ke Hari Ini