Hadiah diplomatik adalah perkara biasa yang selalunya diberikan ketua negara kepada negara yang mereka lawati. Dalam kunjungan Perdana Menteri Denmark Lars Løkke Rasmussen ke Indonesia baru-baru ini, hadiahnya agak berbeza dengan apa yang kita biasa lihat selama ini.

Mengetahui Presiden Indonesia Joko Widodo a.k.a Jokowi seorang peminat muzik rock tegar, Rasmussen menghadiahkan Jokowi dengan satu set album boxset khas Metallica yang siap ditandatangani oleh pemain drum Metallica, Lars Ulrich. Tiada hadiah yang lebih baik selain satu album metal untuk seorang peminat setia muzik rock.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah satu info menarik tentang album Masters Of Puppets ini adalah album ini dirakam di Copenhagen pada tahun 1985 di mana Flemming Rasmussen bertindak sebagai producer untuk album ini. Jadi album Master Of Puppets ini sangat dekat di hati rakyat Denmark.

Satu ketika dahulu, band heavy metal Lamb Of God dilarang membuat persembahan di Malaysia. Ianya tidak berlaku di Indonesia. Jokowi sendiri sebagai peminat Lamb Of God turut turun padang untuk sama-sama menyaksikan konsert Lamb Of God bersama metalhead Indonesia yang lain. Penyanyi Lamb Of God juga agak kagum kerana Jokowi merupakan peminat kumpulan mereka.

Itulah dia bagaimana muzik boleh menyatukan setiap negara. Perdana Menteri kita minat Manchester United. Mungkin selepas ini akan ada pemimpin negara yang hadiahkan jersi MU dengan tanda tangan pemain Manchester United kepada Dato’ Sri Najib Razak?