Indonesia telah mengeluarkan perintah darurat hari ini selepas merekodkan 136 kes kematian akibat wabak COVID-19, manakala beratus-ratus pelancong asing mula bertindak keluar dari negara tersebut.

Dalam satu kenyataan media Presiden Indonesia, Joko Widodo tidak mengulas lanjut mengenai perintah darurat tersebut, namun beliau menegaskan bahawa pentingkan penjarakan sosial, lapor Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Bagi mengatasi kesan COVID-19, kita memilih untuk melakukan penjarakan sosial pada skala besar.

“Kita harus belajar daripada pengalaman negara lain tetapi kita tidak boleh mengikut mereka kerana setiap negara adalah unik,” katanya kepada pemberita.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi sebelum ini dikritik teruk kerana tidak mengeluarkan perintah berkurung di beberapa bandar besar termasuk Jakarta di mana kes kematian kebanyakkan dilaporkan di sana.

Dalam masa yang sama beratus-ratus warga asing mula keluar dari Indonesia terutamanya Bali melalui penerbangan yang diselenggarakan oleh kerajaan masing-masing, lapor Coconut.

Pejabat Imigresen Ngurah Rai berkata dalam satu kenyataan bahawa lebih daripada 200 orang asing, kebanyakannya terdiri daripada warga Jerman, menaiki penerbangan German Airlines yang berlepas menuju ke Frankfurt.

Manakala lebih dari 400 penumpang terdiri daripada rakyat Perancis menaiki pesawat Qatar Airways untuk pulang ke negara mereka. Austrian Airlines juga dilaporkan membawa lebih daripada 200 penumpang ke Austria.

Putu Surya Dharma, jurucakap dari pejabat serantau Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia, memberitahu Nusa Bali semalam bahawa antara 1 dan 26 Mac, hampir 254,000 pelancong asing telah meninggalkan pulau tersebut.

Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk lebih 265 juta mengumumkan 1,528 kes positif COVID-19, manakala lebih 81 kes berjaya dipulihkan.

Untuk bacaan lanjut situasi COVID-19 di negara tersebut, klik pautan di bawah.

Kes COVID-19 Di Indonesia Dijangka Cecah Sehingga 700,000 Pada Bulan Hadapan

Tidak Peduli Jangkitan, Keluarga Tetap Bawa Pulang Jenazah Disyaki Positif COVID-19 Di Indonesia

Kematian Kini 32 Kes, Lebih 600,000 Penduduk Indonesia Berisiko Positif COVID-19