Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo sebentar tadi telah mengesahkan dua kes Coronavirus (COVID-19) yang melibatkan warga Indonesia. Ini menjadikannya dua kes pertama COVID-19 yang melanda negara berkenaan.

Jokowi mendedahkan dua individu berkenaan, berusia 64 tahun dan anak perempuannya yang berusia 31 tahun telah bertemu dengan warga Jepun yang diuji positif di Malaysia pada 27 Februari yang lalu selepas pulang dari Indonesia Februari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Selepas kami menerima maklumat (daripada warga Jepun berkenaan), kami membuat carian terperinci dengan siapa warga Jepun ini bertemu semasa di Indonesia. Kami langsung membuat ujian terhadap dua individu yang ditemui lelaki Jepun ini dan sah mereka berdua positif coronavirus,” terang Jokowi.

Jokowi turut percaya bahawa kerajaan Indonesia sudah bersedia untuk menangani kes COVID-19 yang terjadi di negara berkenaan. “Sebanyak 100 hospital dengan bilik pengasingan khas telah siap sedia untuk sebarang kes COVID-19. Kelengkapan yang ada di semua hospital ini juga mengikuti standard international yang telah ditetapkan,” tambah Jokowi.

Indonesia dengan populasi penduduk melebihi 260 juta sebelum ini tidak langsung merekodkan sebarang kes COVID-19 walaupun ada pelancong yang dijangkiti virus ini selepas pulang bercuti dari Bali.

Seorang wanita Jepun dijangkiti Coronavirus buat kali kedua walaupun sudah sembuh sepenuhnya sebelum ini. Baca tentangnya lagi di sini.

Wanita Jepun Sembuh Sepenuhnya Kembali Dijangkiti Coronavirus Buat Kali Kedua

Juventus Isytihar ‘Darurat’, Tiga Pemain Dijangkiti Wabak Coronavirus

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?