Jakarta telah dilanda banjir teruk pada permulaan tahun baharu 2020 dengan beberapa perkhidmatan awam tergendala dalam masa yang panjang.

Biarpun situasi sekarang menampakkan tanda positif banjir akan surut, tetapi kunci kepada permasalahan ini masih belum dipastikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun satu permainan menunding jari baru memulakan perlawanan dengan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo dengan lantang menyalahkan budaya membuang sampah merata-rata rakyat Indonesia penyebab kepada masalah banjir.

5067ebe214614fad839bdc25e46dfc1c_18
Al Jazeera

Jokowi bercakap kepada wartawan bahawa permasalahan utama bukan sahaja pada ecosistem atau ekologi, tetapi sikap membuang sampah bukan pada tempatnya juga adalah yang utama.

Pembanggunan infrastruktur pencegahan banjir telah dikerah kepada semua daerah dan kerajaan pusat mahu ia diberi tumpuan utama.

Tetapi perang menunding jari ini tidak diterima baik oleh Gabenor Anies Baswedan yang lebih cenderung untuk memilih situasi cuaca antara punca permasalahan yang berlaku.

Banjir-Jakarta-BNPB-960×540
Coconuts

“Di Lapangan Terbang Halim (yang dibanjiri pada 1 Jan), sejauh mana saya tahu tidak ada banyak sampah di sana. Tetapi lapangan terbang itu tidak beroperasi. Adakah terdapat sampah di lapangan terbang? Saya tidak fikir,” kata Anies kepada pemberita semalam, seperti yang dikutip oleh CNN Indonesia.

Walau bagaimanapun, seperti Jokowi, Anies berkata terdapat beberapa sebab banjir di bandar. Beliau berkata tumpuannya kini adalah memberi bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat banjir dan bukannya menunding jari.

Jokowi terkenal dengan sikap beliau yang cool, dia juga adalah peminat kepada kumpulan rock Metallica. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jokowi Beli Kembali Album Metallica Yang Dihadiahkan Kepadanya

Lihat Apa Jadi Bila Jokowi, Presiden Indonesia Buat Vlog Travel

Sumber