Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Restoran makanan segera dari Filipina, Jollibee Foods Corporation baharu sahaja kembali ke pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertama di Kota Kinabalu, Sabah Disember lalu. Sebelumnya, Jollibee pernah membuka cawangan di Malaysia pada tahun 1990-an namun terpaksa tutup akibat krisis kewangan 1997.

Berikutan dengan sambutan yang memberansangkan di cawangan Kota Kinabalu, Pengarah Jollibee Tony Tan Caktiong memberitahu pihaknya merancang untuk membuka sebanyak 100 outlet diseluruh Malaysia dalam masa 10 tahun. Tambah beliau kira-kira 50 buah cawangan akan dibuka di Sabah dan Sarawak manakala selebihnya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Photo 1

View this post on Instagram

Jollibee celebrated their grand store Inauguration day in KK, Sabah…the largest and fastest growing Asian restaurant company in the world is planning to open over 100 stores in Malaysia in the next 10 years…being famous for their Chickenjoy, Jolly Spaghetti and Yumburger. . 🏠 Jollibee Malaysia 📍Location : Centre Point Sabah Shopping Mall (Ground Floor, Side Entrance), Kota Kinabalu. 🕙 Operating hours: 9am-10pm (Daily) 👩🏻‍🍳•Serves No Pork• . . . . . . . . #eatnhopsabah #JollibeeMalaysia #JollyDayInKK #1stJollibeeMalaysia #Jollibee #centrepointsabah #kotakinabalu #GrandOpening #kkcity #fastfood #food #foodie #tasty #burger #foodporn #chickenjoy #foodstagram #kotakinabalufood #kkfood #沙巴美食 #沙巴

A post shared by Eat n Hop Sabah 吃乐在沙巴 (@eatnhopsabah) on

Menurut kenyataan Ketua Pasaran Antarabangsa Jollibee Dennis Flores, perancangan untuk menambah bilangan cawangan di Malaysia juga merupakan salah satu usaha syarikat tersebut untuk dinobatkan sebagai 5 restoran makanan segera terbaik di dunia. Setakat ini Jollibee berada pada tangga ke-11 dalam carta.

Anda Mungkin Suka