Menjaga Si Comel adalah antara momen terbaik untuk anda. Sayangnya kita kepada Si Comel seolah-olah mereka adalah sebahagian daripada keluarga kita.

Adat orang ‘bercinta’, sudah pasti dia mahukan yang terbaik untuk yang tersayang. Begitu juga dengan Si Comel, pemilihan makanan dan diet yang seimbang adalah keutamaan yang diperlukan untuk memberi kehidupan yang sihat kepada Si Comel.

Anda mungkin tercari-cari, apakah makanan yang sesuai untuk Si Comel anda? Jangan risau, SmartHeart kini tampil dengan pelbagai pilihan makanan yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraaan tubuh Si Comel anda.

Dengan produk SmartHeart Special Care Formula yang boleh didapati dengan 6 pilihan makanan seperti Mother & Baby, Kitten, Skin & Coat, Hairball Control, Sterilised dan juga Senior Care, anda tak perlu khuatir lagi dengan kesihatan tubuh badan Si Comel anda.

Manakala untuk makanan berperisa pula, SmartHeart hadir dengan enam perisa berbeza daripada Chicken & Tuna, Seafood, Salmon, Tuna & Shrimp, Mackerel dan juga Chicken & Whitefish.

Jom baca lebih lanjut kelebihan yang ada pada setiap produk ini.

Mother & Baby and Kitten

SmartHeart Mother & Baby Cat

SmartHeart Mother & Baby Cat dicipta untuk memenuhi keperluan harian Si Comel yang baru sahaja melahirkan bayi.

Dicipta untuk menguatkan sistem imunisasi bayi Si Comel semasa proses penyusuan selepas Si Comel dilahirkan dan turut mengandungi DHA (minyak ikan) & Choline, Omega-3 (Bioton, Zinc & Omega 3&6), kalsium, Phosphorus & Vitamin D serta dirumus khas dan memastikan Si Comel mendapat nutrisi yang mencukupi semasa tempoh hamil dan penyusuan berlangsung.

SmartHeart Kitten

Untuk rangkaian Special Care Formula juga, anda boleh mendapatkan SmartHeart Kitten jika Si Comel anda telah memasuki fasa umur kedua bagi anak kucing. Ini adalah untuk memastikan keperluan harian untuk tumbesaran Si Comel supaya keperluan nutrisi lebih terjamin.

Dihasilkan dengan DHA, Choline,Taurine dan banyak lagi daripada ikan, telur dan susu bagi membantu Si Comel memiliki memori, kepekaan, kebijaksanaan dan penglihatan yang tajam.

Skin Coat & Hairball Control

SmartHeart Skin & Coat Formula

SmartHeart Skin & Coat Formula ini wajib untuk dimiliki pemilik-pemilik kucing di luar sana. Dihasilkan dengan formulasi yang mengandungi Biotin, Zinc dan Omega 3&6, dry food ini akan membantu mengurangkan masalah keguguran bulu Si Comel selain meransang pertumbuhan bulu yang baru.

SmartHeart Hairball Control

Buat pemilik Si Comel yang mahu memastikan kucing-kucing kesayangan anda berada dalam keadaan kesihatan terbaik terutamanya berkaitan pencernaan dan penjagaan bulu, anda pula boleh menggunakan SmartHeart Hairball Control.

Sesuai dengan namanya, formula ini dilengkapi dengan dengan nutrisi yang seimbang serta kandungan serat tambahan yang penting untuk mengawal pergerakan usus dan mempermudah proses pembuangan bola rambut melalui najis Si Comel.

Sterilised & Senior Care

SmartHeart Sterilised Formula

SmartHeart kali ini turut hadir dengan SmartHeart Sterilised Formula buat Si Comel yang baru sahaja melalui proses pemandulan. Untuk pengetahuan anda, sebahagian kucing akan mengalami masalah penurunan kadar hormon, sekaligus menjejaskan metabolisma tubuh mereka.

Jadi untuk mengatasi masalah seperti pertambahan berat badan, formula ini adalah yang terbaik untuk memastikan mereka mendapatkan makanan yang seimbang, rendah kalori dan mengurangkan masalah pencernaan makanan.

SmartHeart Senior Care

Selain daripada pemakanan khusus buat Si Comel dan Si Kecil, SmartHeart kali ini juga tidak melupakan kepada Si Comel anda yang sudah meningkat dewasa dengan menawarkan SmartHeart Senior Care.

Formula ini dihasilkan dengan penuh keprihatinan terhadap Si Comel yang lebih berusia terutamanya dalam berhadapan dengan situasi menopause dan andropause. Mengandungi Glucosamine dan Chondroitins serta protein tambahan untuk memastikan mereka sentiasa kekal aktif.

General-Flavored

Rangkaian makanan berperisa SmartHeart

Selain daripada enam makanan kering SmartHeart yang ditawarkan melalui rangkaian Special Care Formula, SmartHeart juga turut menawarkan enam pilihan makanan berperisa buat Si Comel anda.

Dilengkapi dengan DHA & Choline, Bioton, Zinc, Omega 3&6,  kalsium, Phosphorus & Vitamin D untuk membantu pertumbuhan Si Comel secara menyeluruh, rangkaian makanan berperisa ini membantu menajamkan penglihatan, mempercepatkan tumbesaran serta memperkuatkan lagi memori dan kepekaan Si Comel terhadap keadaan sekeliling.

Antara perisa yang ditawarkan ialah;
1. SmartHeart Chicken & Tuna
2. SmartHeart Seafood
3. SmartHeart Salmon
4.  SmartHeart Tuna & Shrimp
5.  SmartHeart Mackerel
6. SmartHeart Chicken & Whitefish

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai produk makanan kering SmartHeart yang penuh berkhasiat ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi mereka di sini. Tidak lupa juga anda boleh melakukan pembelian secara dalam talian melalui pautan yang dibekalkan ini.