ZULHIJJAH adalah bulan terakhir dalam kalendar Hijriah dan merupakan bulan di mana umat Islam berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal wajib menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji.

Jika Ramadan dikenali dengan kelebihan sepuluh malam terakhir, Zulhijjah pula terkenal dengan keistimewaannya pada 10 hari pertama.

Pada 10 hari pertama Zulhijjah, ganjaran pahala yang diberikan adalah lebih besar daripada pahala berjihad.

Oleh itu, antara amalan sunnah yang dianjurkan pada 10 hari pertama dan sepanjang bulan Zulhijjah adalah bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW, “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

Bersempena dengan bulan Zulhijjah dan juga menyambut kedatangan Awal Muharram, AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) telah melancarkan kempen ‘Nikmat Disyukuri, Rezeki Dikongsi’.

Kempen ini merupakan sebuah inisiatif komuniti dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) yang bertujuan menyalurkan sokongan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan terutamanya masyarakat B40.

Sebagai syarikat pengendali takaful yang komited terhadap kesejahteraan komuniti, AIA PUBLIC Takaful ingin menyediakan sebuah platform bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk sama-sama berkongsi rezeki dan menghulurkan bantuan dengan semudah imbasan kod QR.

Dengan adanya kemudahan imbasan kod QR sebagai alternatif transaksi pembayaran, orang ramai kini boleh melaksanakan amal jariah dengan bersedekah dan menderma dengan lebih mudah dan pantas.

Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh menyalurkan sumbangan derma terus kepada YFBM melalui kaedah DuitNow QR dengan mengimbas kod SedeQR menggunakan pengimbas QR aplikasi bank mereka atau melalui BillPlz dan memasukkan jumlah amaun yang ingin didermakan.

Dana yang terkumpul akan disalurkan dalam bentuk bekalan makanan asas kepada komuniti setempat yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Mereka yang menyalurkan sumbangan derma melalui kod QR DuitNow juga boleh menuntut pengecualian cukai daripada pihak YBFM dengan memuat naik bukti transaksi semasa membuat permohonan. Sumbangan melalui BillPlz pula, anda akan dibawa terus ke Borang Permohonan Resit Pengecualian Cukai.

Jadi tunggu apa lagi? Jom SedeQR sekarang demi kebaikan bersama! Kempen berakhir 31 Julai 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ‘Nikmat Disyukuri, Rezeki Dikongsi’, layari laman web Food Bank Malaysia atau ikuti saluran media sosial Facebook dan Instagram, AIA PUBLIC Takaful untuk dapatkan info terkini.