Israel, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka menandatangani perjanjian kerjasama di Dubai. Perjanjian kerjasama ini akan membantu Israel mendapatkan tenaga elektrik dari Loji Tenaga Suria (PLTS) yang terletak di padang pasir Di Jordan. Perjanjian ini juga adalah sebagai pertukaran, di mana Israel akan membekalkan air yang dirawat kepada Jordan.

Memetik laporan Middle East Monitor, perjanjian itu merupakan projek kerjasama serantau terbesar yang pernah dicapai antara Israel dan negara Arab. Perjanjian itu akan ditandatangani dengan kehadiran seorang pegawai kanan AS, dibuat selepas beberapa bulan rundingan secara rahsia antara ketiga-tiga negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pakar Palestin Dr Saleh Al Naami berkata perjanjian itu akan menjadikan padang pasir Jordan sebagai pangkalan sokongan untuk penempatan haram Israel, “Jordan mempunyai padang pasir di selatan dan ini akan digunakan untuk loji tenaga solar yang besar untuk menjana elektrik untuk dieksport ke penempatan Israel di Negev dan Tebing Barat,” kata Al-Naami.

Al-Naami menegaskan bahawa rancangan ini membuktikan bahawa Jordan sebenarnya mahu berkhidmat untuk kepentingan Israel. Hubungan mesra Jordan dan UAE dengan Israel sememangnya mengundang banyak kritikan terutama dari negara-negara yang menyokong perjuangan Palestin.

Pada pertengahan tahun ini, Israel telah melancarkan perang ke atas Palestin yang menyaksikan bukan sahaja beratus nyawa melayang, malah kerugian harta benda dan kehilangan tempat tinggal. Dalam konflik 11 hari tersebut, serangan Israel terhadap Gaza telah menghancurkan sebanyak 17,000 rumah dan kawasan perniagaan. 53 sekolah, 6 hospital, 4 masjid turut menerima nasib yang sama akibat daripada tindakan kejam Israel.

Ini sebab kenapa negara Islam mengiktiraf kedaulatan Israel. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Sebab Kenapa Negara-Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan

Ini Sebabnya Warga Israel Terlalu ‘Ghairah’ Mahu Melawat Malaysia Meskipun Diharamkan