Legenda MotoGP, Jorge Lorenzo pertengahan November lalu telah mengumumkan persaraan beliau daripada pentas MotoGP dan mahu berehat terlebih dahulu sebelum menceburi bidang baharu di masa akan datang.

Menerusi perkongsian Instagram beliau, Lorenzo kini sedang bercuti di Bali dan menariknya, gambar beliau sedang bercuti di Bali turut ditemani pelakon dari Malaysia, Dayana Roza.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

View this post on Instagram

Was nice to see you here in Bali @dayanaroza!! 🤙

A post shared by Jorge Lorenzo (@jorgelorenzo99) on

Namun ini bukanlah pertemuan pertama antara Lorenzo dan Dayana. Mereka nampaknya sudah lama mengenali antara satu sama yang lain. Sebelum ini, ketika Lorenzo mengumumkan persaraan daripada kejohanan MotoGP, Dayana turut memuat naik ucapan maju jaya buat Lorenzo.

Tiada siapa menyangka Lorenzo mempunyai hubungan ‘rapat’ dengan artis dari Malaysia. Dayana satu ketika dahulu pernah muncul dalam filem Minah Moto dan Mat Moto Otai arahan pengarah tersohor Ahmad Idham.

Andai kata Ahmad Idham menghasilkan sebuah filem permotoran baharu, Dayana dapat tarik Jorge Lorenzo untuk buat kemunculan khas? Segalanya mungkin.

Animasi Ejen Ali: The Movie menggegarkan industri perfileman negara apabila berjaya membuat kutipan RM1.86 juta dalam masa sehari sahaja. Anda boleh baca tentangnya lagi pada artikel di bawah.

Baru Sehari Ditayangkan Di Pawagam, Ejen Ali: The Movie Raih RM1.86 Juta Kutipan

‘Fun’ Dan Penuh Aksi, Ejen Ali: The Movie Animasi Tempatan Terbaik Tahun Ini

Anda Mungkin Suka