Jose Antonio berusia 55 tahun dan sudah hidup sebagai seorang gelandangan lebih 25 tahun. Beliau bekerja sebagai penjaga parkir di bandar Palma De Mallorca, Spain.

Pemilik salon rambut La Salvajeria mengambil inisiatif untuk membuat proses makeover kepada Jose. Dia mahu melihat lelaki yang menjaga parkir keretanya selama ini berubah menjadi seorang lelaki yang baru dan lebih kemas. Jose memasuki salon itu dalam keadaan rambut panjang dan jambang yang tidak terurus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Jose sebelum proses makeover

Video transformasi Jose ini dirakam pada tahun 2015 dan baharu dimuat naik salon La Salvajeria beberapa hari yang lalu sempena ulang tahun salon berkenaan yang ketiga. Video transformasi Jose mendapat perhatian dunia kerana perubahannya rupa parasnya dari homeless to hipster . Memang Jose tampak sangat-sangat berbeza selepas makeover dari pihak La Salvajeria!

Ramai yang tidak perasan perubahan Jose ini. Keesokkan harinya apabila beliau mula bekerja seperti biasa, ramai pelanggannya terkejut dengan perubahan Jose. Seorang pemilik bar berdekatan turut mempelawa Jose untuk datang makan dan minum di bar miliknya untuk mendengar kisah makeover Jose.

Jose kacak dengan rambut dan jambang yang lebih kemas

Selepas 18 bulan dari tarikh makeover ini, hidup Jose kini lebih terurus dan menurut pemilik La Salvajeria, Salva Garcia, Jose kini menerima bantuan keewangan dari sebuah syarikat yang tidak mahu didedahkan identitinya.

Jose dahulunya bekerja sebagai seorang electrician sebelum beliau kehilangan kerja dan hidup merempat kerana tekanan. Jose kini berambut silver dan orang di bandar berkenaan memanggil beliau George Clooney. Jose sangat bersyukur dengan transformasi rupa parasnya yang membantu beliau kembali yakin untuk meneruskan hidupnya.

Anda boleh lihat video transformasi Jose di bawah. Walaupun anda tidak faham bahasa Sepanyol, tetapi rasanya semua boleh nampak reaksi gembira dan tidak percaya Jose terhadap rupa beliau yang baharu. Kudos kepada La Salvajeria dan semoga perkara murni seperti ini dapat diteruskan di seluruh dunia. Mungkin sudah tiba masa untuk kita membantu gelandangan yang ada di kawasan kita. Lets spread the good vibes!

Sumber