Pelakon Josh Brolin yang membawa watak Thanos dalam Avengers: Endgame baru-baru ini memuat naik gambar di akaun Instagram beliau memuji watak Joker yang dilakonkan oleh Joaquin Pheonix.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau menyatakan bahawa impak filem tersebut sangat memberi makna ke atas dirinya selepas kebimbangan mengenai ketidakstabilan mental dibangkitkan di dalam filem Joker ini.

Walaupun filem ini mendapat pujian yang baik daripada para pengkritik, ‘hubungan’ di antara ketidakstabilan mental dan keganasan yang ditonjolkan dalam filem ini membuatkan filem ini dilabelkan sebagai sebuah filem yang merbahaya.

Tetapi Brolin mempunyai perspektif tersendiri tentang filem yang diterima baik oleh netizen ini. Beliau turut menjelaskan bahawa untuk ‘menghargai’ Joker, seseorang mesti memahami atau merasakan trauma yang sama dilalui sepanjang hidupnya dan mesti merasakan kasih sayang yang sebenar.

Kepada peminat Joker dan DC Universe, anda juga boleh klik artikel di bawah ini untuk bacaan lanjut.

Joaquin Pheonix Menyinar Dalam Karya Epik Dan ‘Dark’ Joker

Tewaskan Venom, Joker Muncul Filem Dengan Kutipan Tertinggi Untuk Oktober

Jared Leto ‘Dipecat’ Daripada Bawa Watak Joker Untuk Suicide Squad 2

 

 

Sumber