Trend rumah kontena nampaknya masih diminati dan jika anda sedang mencari idea untuk buat rumah menggunakan kontena, anda mungkin boleh ambil inspirasi rumah karya James Whitaker ini.

Rumah dengan keluasan 200 meter persegi ini mempunyai ruang yang luas kerana James menggabungkan beberapa unit kontena untuk bahagian ruang tamu. Selain ruang tamu, rumah ini juga mempunyai dapur dan 3 bilik tidur. Placement kontena yang unik juga membuatkan rumah ini nampak seperti ‘bunga’ yang berada di tengah padang pasir.

Rekaan rumah ini adalah karya James beberapa tahun dahulu. Cuma dalam tahun ini, salah seorang client James ingin berbincang dengan lebih lanjut tentang rekaan rumah ini. Beliau mahu merealisasikan rekaan rumah ini di Los Angeles, California.

Joshua Tree Residence ini akan mula dibina bermula tahun hadapan. Apabila ianya siap nanti, rumah ini akan dikuasakan dengan kuasa solar dimana panel solar akan dipasang di bahagian atas rumah ini. Berdasarkan rekaan James ini, anda memerlukan lebih kurang 10 kontena barulah dapat rumah kontena yang lebih luas dan selesa.

kontena3

kontena 2

kontena 4

kontena 5

kontena 6

kontena 7

Sumber