Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil maklum tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat pelaksaan waktu kerja empat hari dalam seminggu.

Justeru, satu pasukan khas yang akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu telah pun ditubuhkan oleh JPA bagi melihat sektor mana serta jumlah waktu minimum dan maksimum bekerja selaras dengan Akta Pekerja 1955 sebelum sebarang keputusan diambi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah beliau lagi, untuk menjalankan satu sistem kerja yang baharu, kerajaan perlu perhalusi pelbagai faktor kerana bidang pekerjaan yang ada sekarang ini sudah pelbagai selain jumlah hari bekerja dan masa rehat yang perlu diteliti.

“Dahulu beberapa negara di Eropah juga pernah melaksanakan cuti empat hari seminggu ini tetapi mengikut bidang kerja yang tertentu sahaja,” katanya kepada Harian Metro sambil menegaskan kajian itu tidak akan mengambil masa yang lama.

Isu terbabit mula menjadi perhatian masyarakat apabila pada awal bulan ini 70 syarikat membabitkan 3,000 pekerja di United Kingdom melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu namun masih menerima gaji penuh untuk sebulan.

Orang Malaysia terlebih kerja, mana perginya keseimbangan kerja dan masa sendiri? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Orang Malaysia Terlebih Kerja, Mana Perginya Keseimbangan Kerja Dan Masa Sendiri?

Berhenti Kerja Untuk Mengembara Bawa Saya Lakukan Penggambaran ‘Haramain Backpackers’ Ke Tanah Suci