Pada November tahun lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah membuat lawatan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di Taman Daya Johor Bahru untuk melihat serta mendapatkan maklum balas secara terus daripada orang ramai tentang perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan tersebut.

Beliau sendiri mendapati perkhidmatan semasa lawatan itu kurang efektif dan efisien sehingga menyusahkan orang ramai dan menyifatkan bahawa sistem perkhidmatan kaunter JPJ yang sedia ada (pada waktu itu) terlalu kuno (lebih daripada 10 tahun).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini Kementerian Pengangkutan mengumumkan akan menambah 100 kiosk baharu di semua cawangan JPJ di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata kiosk-kiosk tersebut akan diletakkan di lokasi strategik seperti pejabat kerajaan di beberapa kementerian dan stesen LRT dan MRT di sekitar Lembah Klang.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Tambah beliau lagi, Kementerian Pengangkutan telah menyediakan 20 unit van JPJ yang telah diubah suai menjadi ‘pejabat bergerak’ untuk urus niaga di tempat terbuka yang membolehkan orang ramai melakukan pelbagai urusan dengan mudah seperti memperbaharui dan mencetak cukai jalan, mencetak salinan sijil pemilikan kenderaan serta pembayaran saman.

“Dengan kemudahan dan bajet tambahan ini, saya yakin dan percaya hasrat jabatan untuk mencapai kutipan hasil sebanyak RM4.12 bilion bagi tahun 2022 dapat dicapai,” ujar Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, lapor Bernama.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk lihat bagaimana Menteri Pengangkutan turun padang untuk melihat sendiri perkhidmatan JPJ kepada orang ramai.

Turun Padang Tanpa Pengetahuan, Menteri Luah Rasa Kecewa Dengan ‘Sistem Kuno’ JPJ

JPJ Raih Pendapatan RM4.1 Bilion Dengan Sistem JPJeBid Sebagai Penyumbang Terbesar

Sumber