Masalah pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan secara sewenang-wenangnya telah mengundang masalah kepada beberapa pihak.

Terbaru, sebuah ambulan gagal untuk tiba di tempat kecemasan berikutan sikap segelintir pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan menyebabkan mangsa keadaan tidak diselamatkan.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

emergency-lane-malaysia

Insiden tersebut turut menjadi viral di laman sosial seterusnya membuatkan netizen lebih peka dengan masalah pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab ini. Terkini 91 pemandu dikenakan notis dan diarah melaporkan diri ke pejabat JPJ bagi membantu siasatan insiden ambulans dihalang laluan oleh kenderaan yang memandu di lorong kecemasan.

Kesemua penerima notis diberikan 14 hari untuk mematuhi arahan yang diberikan. Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan kompaun RM 300 tanpa sebarang diskaun.

Penguatkuasaan terbaru daripada JPJ ini secara tidak langsung membuatkan kesemua rakyat Malaysia menjadi ‘mata’ buat JPJ untuk merakam kesalahan jalan raya yang mereka temui setiap hari.

Anda Mungkin Suka