Sempena menyambut bulan Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran ‘Malaysia’.

Nombor yang dibuka untuk bidaan adalah dari 1 hingga 9999 dan menurut netizen, nombor yang mungkin ‘hangat’ untuk dibida adalah nombor 1 (merujuk kepada 1Malaysia) dan nombor 2020 (merujuk kepada Wawasan 2020).

Buat anda yang mahu membida nombor pendaftaran edisi Malaysia ini boleh berbuat demikian bermula 2 Julai hingga 16 Julai depan.