Lelongan kereta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kembali lagi. Pada kali ini harga yang ditawarkan jauh lebih rendah serta seleksi kereta sedia untuk dilelong juga bertambah. Lelongan yang berlangsung di JPJ Bukit Katil, Melaka ini bakal memperlihatkan sebanyak 87 kenderaan bakal dilelong untuk kepada pemilik yang baru.

Menurut Berita Harian, kesemua kereta ini telah dirampas oleh JPJ Melaka yang terdiri daripada 84 kereta, dua van serta sebuah lori bakal mula dilelong bermula jam 9.30 pagi dimana acara ini bakal berlangsung sepanjang hari.

Lelongan kereta JPJ Bukit Katil
Sumber: Harian Metro

Antara model yang menjadi rebutan serta tumpuan orang ramai sudah pastinya Mini Cooper keluaran tahun 2005 dimana orang ramai mampu membida dengan harga permulaan serendah RM4,500 manakala Proton Saga keluaran 1998 menjadi model dengan harga lelongan terendah bernilai RM450.

Selain itu, terdapat juga beberapa model lain seperti Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz dan Toyota Wish sedia untuk dilelong. Difahamkan berdasarkan jumlah kesemua kenderaan yang dilelong, 79 model ini terdiri daripada kereta klon manakala enam model lagi gagal untuk didaftar.

Untuk pengetahuan, kesemua kenderaan ini bakal ditayangkan kepada umum pada 8 dan 9 Ogos ini bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang. Mereka yang berminat berpeluang mendapatkan dokumen lelongan sebelum 13 Ogos.

Sekiranya anda senang mencari sebuah kenderaan dan ingin mencuba nasib dalam acara lelongan, mungkin ini acara yang boleh anda turut serta untuk mendapatkan kenderaan dengan harga berbaloi.

Sumber