Kebelakangan ini isu basikal lajak sering menjadi buah mulut masyarakat dan netizen. Kegiatan itu kini dilihat menjadi satu masalah kerana mendatangkan bahaya kepada penunggangnya dan pengguna jalan raya yang lain sememangnya haram berada di atas jalan raya.

Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang semakin berleluasa di negara ini.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata pihaknya secara dasarnya mempunyai dasar peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang mana memberikan kuasa kepadanya untuk menilai isu ini sebelum sebarang tindakan di ambil.

Sumber: Berita Harian

Beliau turut berkata bahawa dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh secara beriringan, bersopan dan tidak melulu.

“Oleh itu, basikal yang dikayuh di atas jalan raya tanpa secara beriringan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi bersepadu JPJ Kuala Lumpur di Jalan Bangsar, di sini, awal pagi ini.

Selain itu, spesifikasi yang ditetapkan JPJ ke atas sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.

Terdahulu, kegiatan basikal lajak ini telah menyebabkan 8 kanak-kanak maut dirempuh sebuah kereta. Isu ini telah menimbulkan kerisauan pelbagai pihak termasuklah penguatkuasa, ibu bapa dan pengguna jalan raya yang lain. Diharapkan isu ini dapat ditangani dengan segera.

Terdahulu, tular video lumba basikal lajak di jalanan membuatkan netizen bengang dan mahu kegiatan tersebut diharamkan di atas jalan raya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tular Video Lumba Di Jalanan, Netizen Mahu Basikal Lajak Diharamkan Atas Jalan Raya

Ibu Bapa 8 Mangsa Tragedi Langgar Terkilan Dengan Keputusan Mahkamah

 

Anda Mungkin Suka