Beg udara Takata merupakan sebuah alat keselamatan untuk mengelakkan impak yang teruk keatas pemandu dan penumpang ketika berlaku kemalangan. Walau bagaimanapun, kehadiran beg udara yang pada sesetengah jenama kereta ini masih belum disahkan selamat berikutan beberapa isu.

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil peluang ini untuk mengumumkan tujuh jenama yang terlibat dalam masalah melibatkan beg udara Takata. Antara yang jenama yang terlibat adalah Mitsubishi, Subaru, BMW, Honda, Nissan, Toyota dan Mazda.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Jenama tempatan seperti Proton dan Perodua dilihat tidak tersenarai sekaligus menerima pujian daripada para netizen mengenai kecekapan jenama tempatan dalam menawarkan beg udara yang selamat buat para pengguna.

PANGGILAN SEMULA BEG UDARA TAKATAAdakah anda memiliki salah satu jenama model ini?Anda digalakkan untuk memberitahu…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Friday, 23 August 2019

Untuk pengetahuan masalah beg udara takata ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah turut terjadi di beberapa negara luar dimana sejumlah besar model kereta terpaksa dipanggil semula untuk pemeriksaan di pusat servis.

Sekiranya anda atau kenalan anda yang menggunakan model kereta daripada jenama-jenama yang disebutkan ini, anda dinasihatkan untuk ke pusat servis bagi penukaran beg udara takata yang selamat untuk digunakan.

Anda Mungkin Suka