Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memuat naik peraturan penggunaan cermin gelap terkini melalui saluran media sosial rasmi mereka semalam.

Kini pemilik kenderaan boleh menggunakan cermin gelap dengan kadar telus cahaya cermin hadapan hingga 70%, cermin sisi bahagian pemandu hingga 50%, manakala cermin belakang dan cermin penumpang pula dibenarkan gelap sepenuhnya.

PERATURAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Sunday, February 14, 2021

Pihak JPJ turut memberi kebenaran kepada pemilik kenderaan yang mahu menggunakan cermin yang lebih gelap atas sebab keselamatan dan kesihatan.

Hanya pemilik kenderaan yang memohon atas faktor keselamatan perlu membayar Fi Permohonan sebanyak RM50 dan Fi Kelulusan sebanyak RM5,000 dan perlu memohon semula selepas tamat tempoh sah laku iaitu 2 tahun.

Manakala pemilik kenderaan yang memohon atas faktor kesihatan pula, hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pesakit sahaja dan tiada Fi Permohonan dan Fi Kelulusan dikenakan. Maklumat lanjut untuk permohonan boleh rujuk di sini.

Tambah pihak JPJ lagi, mana-mana pemandu yang memandu kenderaan tanpa mematuhi had cermin gelap yang ditetapkan boleh dikompaun sebanyak RM300, atau denda RM1,000, atau penjara dua minggu, atau kedua-duanya sekali.

JPJ Negeri Kedah sedang membuka bidaan nombor pendaftaran kereta huruf ‘KFC’ sehingga 17 Februari ini.

Kini Anda Boleh Abadikan Perkataan ‘KFC’ Pada Kenderaan Mengikut Undang-Undang

Denda Sehingga RM2,000 Atau Penjara Kurang 6 Bulan, Jika Masih Berdegil Guna Tayar ‘Kangkang’

Anda Mungkin Suka