Acara lelongan kenderaan kembali lagi. Pada kali ini giliran JPJ Melaka melakukannya terdiri daripada pelbagai kenderaan termasuk motosikal, kereta, van dan lori sejak awal pagi semalam.

Menerusi acara yang dijalankan, sebanyak 153 kenderaan telah dilelong dengan harga nilaian keseluruhan bernilai RM494,930. Program yang dijalankan ini telah menerima sambutan hebat daripada lebih 300 pembida seluruh Malaysia termasuk dari Kedah, Perak dan juga Johor.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

51164931-D643-4DFD-9B80-76A4A1BE7C5E-1280×720-1200×675

Antara yang menjadi penarik orang ramai pada acara bidaan ini sudah pastinya penawaran bidaan kenderaan serendah RM6. Kenderaan dengan harga penawaran tertinggi pula hadir dengan harga RM14,000 membabitkan kenderaan jenis MPV.

Menurut pihak JPJ, kenderaan yang dilelong terdiri daripada kenderaan yang disita dan tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan dimana kebanyakannya menyalahi kesalahan disebabkan kereta klon.

Menerusi proses lelongan yang diadakan baru-baru ini, proses yang lebih telus antara yang dititikberatkan begitu juga dengan penekanan terhadap SOP sempena musim COVID-19 yang sedang melanda negara dalam menjamin keselamatan orang ramai.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan kereta dan motor secara lelong, ketahui terlebih dahulu 4 langkah sebelum mendapatkannya.

4 Langkah Beli Kereta Dan Motor Lelong

JPJ Bukit Katil Bakal Melelong Kereta Serendah RM450 Pada 15 Ogos Ini

Koleksi Kereta Lumba Haram Ini Sedang Dilelong

Anda Mungkin Suka