Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada 13 Februari sehingga 17 Februari yang lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah (JPJ Negeri Kedah) telah membuka bidaan siri nombor pendaftaran ‘KFC’ dengan sasaran kutipan berjumlah lebih RM1 juta.

Semalam JPJ Negeri Kedah telah mengadakan sebuah sidang media berkenaan keputusan tender JPJ Ebid bagi nombor pendaftaran siri “KFC” oleh Ybrs. Tuan Abdul Rahman Emang Anyie, Pengarah JPJ Negeri Kedah.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
vocket-jpj-negeri-kedah-no-pendaftaran-kfc-1

Sumber Gambar: Facebook

vocket-jpj-negeri-kedah-no-pendaftaran-kfc

Tender JPJ Ebid bagi nombor pendaftaran siri ‘KFC’ secara keseluruhannya telah mencatat kutipan sebanyak RM2,108,364.00 termasuk jumlah belian resit dengan jumlah pembida seramai 3,188 orang.

Antara siri nombor pendaftaran yang mendapat kutipan bidaan tertinggi ialah ‘KFC 7’ dengan jumlah bidaan sebanyak RM52,000.00, manakala ‘KFC 8’ dan ‘KFC 9’ berkongsi nilai bidaan yang sama RM48,000.00 dan ‘KFC 3’ sebanyak RM45,009.00.

Pihak JPJ memperkenalkan platform JPJeBid kepada orang ramai bagi menawarkan ketelusan bidaan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat. Pembida boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara real-time dan tiada unsur-unsur campur tangan manusia.

Baru-baru ini pihak JPJ telah mengemaskini peraturan penggunaan cermin gelap dan pemilik kenderaan boleh memohon menggunakan cermin lebih gelap jika lulus salah satu dari dua kriteria.

JPJ Kemas Kini Peraturan, Pemilik Kenderaan Boleh Mohon Guna Cermin Lebih Gelap

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan

Denda Sehingga RM2,000 Atau Penjara Kurang 6 Bulan, Jika Masih Berdegil Guna Tayar ‘Kangkang’

 

Anda Mungkin Suka