Pastinya lelongan kereta yang diadakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi acara paling dinanti-nantikan oleh sesetengah pihak. Ini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Kali ini, lelongan ini akan berlansung di JPJ Ipoh, Perak dan bakal menampilkan sebanyak 105 kenderaan membabitkan 81 kereta, 20 motosikal, tiga van dan satu lori bakal dilelong kepada pemilik baru pada 25 September 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kesemua kenderaan ini telah mula ditayangkan kepada umum semenjak semalam sehingga jumaat ini bermula jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. Bagi mereka yang berminat, anda boleh dapatkan dokumen pelelongan awam yang berharga RM70 sekarang sehingga 24 September 2019.

JPJ Perak mengatakan bahawa kenderaan yang dilelong adalah membabitkan kenderaan yang disita di enam cawangan JPJ di Perak. Antara model yang menarik untuk dibida adalah Toyota Wish, Mercedes Benz, BMW dan Subaru Impreza serta motosikal Yamaha 125Z, Honda EX-5 dan banyak lagi.

Adakah anda berminat mencuba nasib untuk mendapatkan kenderaan lelong dengan harga yang berbaloi? Tahukah anda JPJ telah memanggil 7 jenama kereta kerana beg udara Takata?

JPJ Keluarkan 7 Jenama Kereta Yang Dipanggil Semula Untuk Beg Udara Takata

Nombor Plat Khas Buat IPTA Bakal Diperkenalkan JPJ

JPJ Umum Peraturan Baharu Untuk Cermin Gelap Mulai 8 Mei 2019

Sumber