Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Perlis telah mengeluarkan amaran keras kepada pemilik bengkel motorsikal supaya tidak melakukan kerja pengubahsuaian motosikal yang tidak dibenarkan mengikut kehendak pelanggan.

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, dalam operasi khas jabatan itu pada 26 November lalu, sebanyak 15 motorsikal jenama Yamaha Y15 telah dirampas berikutan didapati diubah suai di beberapa bengkel yang terlibat secara aktif dalam kerja-kerja pengubahsuaian yang tidak dibenarkan itu.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Malah, antara kesalahan paling banyak dilakukan adalah mengubah suai ekzos dengan bunyi yang kuat dan kelajuan yang tinggi. Tiga lokasi utama bengkel yang aktif dalam kegiatan itu dikenal pasti di Beseri, Seriab dan Arau.

Justeru itu, jika masih ada lagi individu yang menghantar motosikal bagi tujuan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, pemilik kenderaan akan disiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan boleh disita dan diambil tindakan di bawah Seksyen 64(1) akta yang sama.

Anda Mungkin Suka