Bersempena Bulan Kemerdekaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan tawarkan diskaun sebanyak 70% untuk anda bayar semua saman kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pastinya pemberitahu ini membuat anda tersenyum lebar. Untuk pengetahuan anda, diskaun tersebut akan dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tawaran ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta kaedah-kaedah dan perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Bagi anda yang telah dikenakan tindakan senarai hitam, anda perlulah ke hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Justeru itu, pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile. Jadi, anda yang memiliki saman kompaun bolehlah gunakan peluang ini untuk membayar saman anda.

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa artikel berkaitan JPJ pada pautan di bawah ini.

Nombor Plat Khas Buat IPTA Bakal Diperkenalkan JPJ

JPJ Buka Bidaan Untuk Nombor Pendaftaran Kenderaan ‘Malaysia’

JPJ Bakal Menggunakan Laman Sosial Untuk Mengenakan Saman Jalan Raya