Ujian berkomputer JPJ agak tricky untuk mendapatkan markah lulus sekiranya calon sukar memahami soalan yang diajukan itu.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Bagi membantu calon, Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan (WP) Bhd memperkenalkan kad ‘My Test’ untuk memberi lebih peluang kepada calon lulus ujian berkomputer.

‘My Test’ adalah alat bantuan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi ujian berkomputer.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Pengerusi Koperasi JPJ WP Bhd, Mohammad Suhaime Ismail berkata, penggunaan kad itu adalah memaparkan nombor PIN untuk akses masuk laman web disediakan.

Sumber Gambar: JPJLink

“Calon boleh membuat latihan dengan cuba menjawab 500 soalan ujian memandu yang disediakan termasuk melalui telefon bimbit.

“Calon boleh cuba menduduki ujian ‘My Test’ sehingga 10 kali sebelum menduduki ujian sebenar. Mereka boleh mengetahui masa sebenar ujian diambil dan melihat semula jawapan yang salah,” katanya beliau dalam satu kenyataan.

Tambah Mohammad Suhaime, calon yang menggunakan ‘My Test’ mempunyai peluang 100 peratus untuk lulus (calon pernah gagal sehingga enam kali sebelum ini) selepas tiga kali melalui ujian ‘My Test’.

Kad ‘My Test’ boleh dibeli pada harga RM10 menerusi talian 019-696 9763, ia mempunyai tiga jenis iaitu untuk kereta sahaja, untuk motosikal sahaja dan untuk kereta dan motosikal.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi beberapa penambahbaikkan yang dibuat oleh JPJ dalam memastikan kesejahteraan pengguna jalan raya di Malaysia.

Lebih Efisien Dan Telus, Pihak JPJ ‘Pasang’ Kamera Bagi Merakam Kesalahan Pengguna

JPJ Akan Tambah 100 Kiosk Layan Diri Menjelang Akhir 2022, Sasar RM4.12 Bilion Kutipan Hasil