Pada minggu lalu warganet dikejutkan dengan spekulasi dakwaan bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat dalam sindiket ‘lesen terbang’ yang berleluasa di platform media sosial Facebook dan Instagram.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata pemilik akaun berkenaan berkongsikan tangkap layar akaun Instagram menggunakan nama Smart Driving Academy dipercayai menawarkan khidmat mendapatkan lesen dengan kadar bayaran rendah tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.

https://twitter.com/ES_EdisiKhas/status/1486643960860721153?s=20&t=2vZIiPML_tNl4SHMa7qyJQ

“Modus operandi ini sering kali digunakan sindiket melalui platform media sosial dengan mempromosikan iklan ‘lesen terbang’ selain menggunakan gambar Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk meyakinkan orang ramai membuat bayaran sebelum sindiket bertindak menghilangkan diri.

“Kenyataan di tangkap layar itu turut menyatakan pihak Smart Driving Academy menjalankan kegiatan tersebut dengan penglibatan pegawai atasan JPJ selain pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” terang Datuk Zailani Hashim.

Tambah beliau lagi, pihaknya mengambil tindakan dari segi siasatan dijalankan dengan kerjasama SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selain Cyber Security bagi mengesan pemilik akaun di media sosial yang menjalankan operasi sindiket penipuan ini, lapor Malaysiakini.

Terbaharu, Sinar Harian melaporkan Datuk Zailani Hashim mendakwa kegiatan penjualan lesen terbang ada kaitan dengan sindiket scammer yang dilakukan secara dalam talian.

Bagi mengukuhkan bagi mengukuhkan lagi dakwaan itu, pihak JPJ turut melakukan penyamaran bagi mengesan pembabitan sindiket scammer dalam kegiatan lesen terbang.

“Kami menyamar dan masuk dalam sindiket berkenaan, kami bayar tetapi duit kami sendiri pun hilang.

“Kami membuat semakan dengan Cyber Security Malaysia (CSM) untuk melihat domain bagi mengesan pelokasi sumber seragam (URL) yang digunakan scammer dan itu penyelesaian terakhir kita patut buat jika melibatkan penipuan dalam talian,” terang beliau.

JPJ akan batalkan permit institut memandu sekiranya ramai bekas pelajarnya melanggar undang-undang trafik. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah. 

Ramai Bekas Pelajar Buat Kesalahan Trafik, JPJ Bakal Batalkan Permit Institut Memandu Berkenaan

Peroleh Lesen Tanpa Perlu Ujian, JPJ Sangkal Isu Agensi Palsu Yang Sedang Tular