Sebentar tadi, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook telah mengumumkan peraturan baru untuk cermin gelap ke atas kenderaan motor. Pastinya anda yang memiliki kenderaan perlu mengetahui akan pindaan peraturan baharu ini bagi mengelakkan anda melanggar peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, pindaan peraturan baharu ini akan membolehkan pengurangan daripada 70% untuk ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada iaitu 50% dan 30%.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Selain itu, kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang daripada 70%.

JPJ

Kredit gambar: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Akan tetapi, anda boleh memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap dari peraturan yang telah ditetapkan atas faktor-faktor tertentu seperti faktor kesihatan dan keselamatan. Bagi faktor kesihatan, anda perlulah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan barulah akan diberikan pengecualian.

Walau bagaimanapun, jika anda memohon atas faktor keselamatan, anda harus membayar fi sebanyak RM50 untuk permohonan dan anda perlu membayar RM5,000 bagi tempoh 2 tahun setelah permohonan lulus. Malah, setelah tempoh sah laku tamat, anda perlu membayar fi yang sama untuk permohonan.

Anda Mungkin Suka