Jika anda perasan mengenai trend pemberian nama bayi lebih 3 perkataan semakin menjadi-jadi. Tidak percaya? Cuba tanya nama anak kenalan atau keluarga yang beru menimang cahaya mata, pasti namanya cukup unik dan agak panjang.

Menerusi laporan Utusan, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPN, Jasri Kasim berkata pemberian nama bayi telah dihadkan sehingga 80 huruf sahaja termasuk nama bapa, bin, binti, koma dan sebagainya. Malah menurut beliau jarak di antara setiap perkataan juga dikira dalam hitungan 80 abjad tersebut. Singkatan ‘Abd’ dan ‘Mohd’ juga tidak dibenarkan, mesti dieja penuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain dinasihatkan untuk tidak memberi nama yang panjang, ibu bapa juga diingatkan untuk memilih nama yang membawa maksud baik untuk anak-anak. Setakat ini, nama terpanjang mengikut rekod JPN mengandungi 78 abjad dari 4 perkataan. Apa nama paling panjang dan unik yang pernah anda ketahui?