Ini merupakan satu pencapaian yang baik oleh JStarS Group. Ini kerana JStarS Group akan mengembangkan perniagaannya dengan membawa masuk 6 syarikat ke Malaysia.

Pastinya ini akan merancakkan lagi industri perniagaan dari segi aspek sosial, hiburan dan pelbagai lagi. 6 syarikat yang akan dibawa masuk adalah JSTARLUX, KOLS, STARDUST, PSYCHEDELIC MEDIA & ENTERTAINMENT (PME), NEXUS HUB, dan ALLIANCE GLOBAL PARTNER DEVELOPMENT PARTNER SDN. BHD (GAPDP).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2019-07-26 at 6.55.18 PM

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JStarS Group, Puan Jessica memperluaskan perniagaannya dengan mengetengahkan kelebihan dalam industrinya teknologi , hiburan, pengurusan dan hartanah.

Untuk pengetahuan anda, syarikat-syarikat tersebut yang dibawa akan merancakkan lagi industri hiburan. Sebagai contoh syarikat KOLS, menyediakan satu platforms untuk menghasilkan penghibur yang berkualiti.

Sebut tentang penghibur yang berkualiti, kebanyakan influencer di Malaysia sebenarnya gagal pengaruhi orang ramai. Mungkin dengan adanya platform seperti disediakan oleh syarikat KOLS dapat menghasilkan penghibur dan influencer yang dapat menghiburkan dan mempengaruhi orang ramai.

Pastinya dengan perkembangan perniagaan yang dibawa oleh JStarS Group akan membawa perkembangan yang positif. Tahniah diucapkan kepada JStarS Group.