Di saat dunia dilanda wabak COVID-19 dimana orang ramai tidak mampu bergerak bebas, masih terdapat individu yang sanggup ‘mencuba nasib’ dengan menjadi scammer menawarkan iPhone 11 Pro Max Gold 256GB yang bernilai RM5,999 dengan harga serendah RM600 sahaja.

Berita ini mulai tersebar apabila scammer berkenaan mulai mengiklankan iPhone 11 Pro Max dengan harga yang sangat rendah pada platform Shopee. Melihatkan harga yang ditawarkan sangat rendah daripada harga pasaran sekaligus membuatkan orang ramai teruja untuk menghubunginya untuk membeli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

imgonline-com-ua-twotoone-IVDtQMlX6Wo

Mungkin bertujuan bagi mengelakkan aktiviti scam beliau, scammer yang dikatakan berada di Kelantan turut berkongsi tujuan iPhone 11 Pro Max beliau dijual dengan harga rendah adalah sebagai salah satu cara beliau ‘bersedekah’ sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Aktiviti scam beliau mulai diketahui apabila salah seorang netizen yang berminat untuk mendapatkan iPhone ini meminta beliau meperlihatkan dengan lebih lanjut mengenai iPhone berkenaan.

Seperti diduga, iPhone 11 Pro Max seperti yang diiklankan nampaknya hanyalah sekadar iPhone klon. Perkara ini mulai diketahui apabila scammer berkenaan mulai membuka App Store sekaligus iPhone berkenaan mempamerkan paparan yang jauh berbeza seperti model iPhone yang asli.

imgonline-com-ua-twotoone-Zav7J3BIefP
Sumber: Facebook Ahmad Zuhafiqie

Tidak pasti sama ada scammer berkenaan sengaja mahupun tidak, beliau turut mengiklankan iPhone yang dijual hadir dengan RAM sehingga 256GB manakala iPhone 11 Pro Max yang asli cuma hadir dengan RAM 4GB.

Isu penjualan iPhone klon ini nampaknya terus terhenti apabila pihak scammer telah memadam iklan yang dimuat naik di Shopee.

Melihatkan kepada situasi yang berlaku, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati mendapatkan barangan yang diragui harganya. Ditambah pula dengan musim PKP berlangsung, para scammer dilihat lebih bebas untuk menjalankan modus operandi memandangkan orang ramai sukar untuk membeli dengan cara cash on delivery (COD).

Tonton juga review penuh iPhone SE yang lengkap dan berbaloi dimiliki oleh MKBHD. Turut dikongsikan, rekaan Apple iPhone 12 Pro Max yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.

https://www.thevocket.com/tonton-review-penuh-iphone-se-yang-lengkap-dan-berbaloi-untuk-didapatkan/

Ini Mungkin Rekaan Apple iPhone 12 Pro Max Yang Bakal Dilancarkan November Ini