Adakah anda sudah berasa ‘burnout’ duduk dirumah dan perlukan kata-kata semangat untuk kembali ceriakan hidup anda? Apa kata anda beli sahaja kata-kata semangat agar anda kembali bersemangat dalam menjalani kehidupan anda.

Mesti ada yang pelik bahawa kata-kata semangat boleh dibeli, tetapi itulah hakikatnya apabila pengguna Facebook Effiza Abdul Rahim telah berkongsi gambar pembelian kata-kata semangat di Shopee.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada mulanya beliau tidak percaya ada yang menjual tetapi dirinya terkejut kerana betul-betul mendapat kata-kata semangat daripada penjual tersebut. Hanya berharga 20 sen, anda sudah dapat kata-kata semangat daripada seseorang.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan menjengah ke ruangan komen, ada juga yang mahu membeli kata-kata semangat tersebut. Malah, para netizen turut berasa terhibur melihat ‘review’ diberikan pembeli.

Screenshot 2021-07-05 at 10.06.57 AM

Screenshot 2021-07-05 at 10.07.12 AM

Screenshot 2021-07-05 at 10.07.37 AM

Akan tetapi, ada juga netizen berasa hampa kerana produk tersebut telah ‘sold out’ dan tidak disenaraikan lagi oleh peniaga tersebut. Jangan sedih, ikuti peniaga tersebut di Shopee, mana tahu akan dijual kembali kelak.

Sementara itu, gaya kreatif peniaga di Shopee bungkus barangan dalam kelapa raih perhatian netizen. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Terima Bungkusan Dalam Kelapa, Gaya Kreatif Peniaga Di Shopee Ini Raih Perhatian Netizen

Bermodalkan RM1,000 Di Shopee, Lihat Bagaimana Bilik Kosong Ini Diubah Suai Dengan Konsep Moden

Gagal Terima Tempahan Hari Yang Sama, Pelanggan Ini ‘Disekolahkan’ Penjual Shopee