Diperbuat dariapada tepung ubi atau beras, kuih lepat pisang yang dibungkus dan dikukus bersama daun pisang sememangnya menjadi pilihan ramai penggemar kuih tradisional.

Maka tidak hairanlah perkongsian daripada @Nuriyliamalek di Twitter baru-baru ini mengenai sebuah gerai lepat pisang di Jitra, Kedah berjaya mencuri perhatian netizen dan mendapat lebih daripada 5,000 retweet (perkongsian).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaiamanapun, apa yang membuatkan perkongsiannya itu istimewa dan mencuri perhatian netizen bukanlah disebabkan kuih itu semata-mata tetapi kisah pak cik penjual lepat pisang itu yang membuatkan ramai sayu bila mendengarnya.

Menurut Nurilyia, pak cik berkenaan yang mempunyai gerai bersebalahan Hospital Jitra itu kini sedang mengumpul wang untuk pembedahan mata.

Pembedahan itu menurut pak cik berkenaan terpaksa dilakukan kerana masalah penglihatan yang berpunca daripada penyakit kencing manis yang dialaminya.

“Pak cik cakap dia nak buat operation mata. Mata tak nampak sebab kencing manis.

“Jumlah semua RM3,000. Sekarang baru ada ratus-ratus,” kongsi beliau di Twitter.

Tersentuh dengan kisah pak cik berkenaan, netizen kemudiannya menggunakan kuasa tular mereka untuk menghebahkan kisah pak cik berkenaan.

Selepas beberapa hari ia dikongsikan di Twitter, perkongsian berkenaan sudah pun dikongsikan kembali lebih 5,000 kali dan rata-rata netizen mula menyatakan hasrat untuk membantu pak cik berkenaan.

“Yang (duduk) kawasan Jitra boleh la pi beli lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus dekat pak cik ni.

“Memang sedap, empat biji RM2.00 boleh campur-campur,” tambahnya.

Sudah cuba, memang sedap

Perkongsiannya itu juga bukan sahaja membuatkan orang ramai berpusu-pusu untuk menolong pak cik berkenaan, malah turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang pernah mencuba kuih-muih yang dijual di gerai berkenaan.

Seperti disangka, rata-rata daripada memberikan ulasan bahawa kuih-muih yang dijual pak cik sememangnya berbaloi untuk dicuba mereka yang belum pernah mencuba.

ElASbawUYAE5ntG (1)

“Pulut udang dia sedap. Kalau pi beli nasi kerabu Kak Bed, tala balik mesti tapau pulut udang kat pak long ni,” kongsi @mhmmdfthi di hantaran berkenaan.

“Minggu lepas pernah beli masa OTW (on the way) balik rumah. sedap rasa orang lama buat. U know what I mean,” tambah @nrzulfaa.

Jadi kepada anda yang berada di Kedah atau berhampiran dengan gerai pak cik ini, apa kata anda mencuba kuih muih yang dijual beliau.

Bukan sahaja diyakini sedap malah anda juga berpeluang untuk membantu beliau menjalani pembedahan mata yang berpunca daripada penyakit kencing manis yang dialaminya.

Baca juga perkongsian kami mengenai kedai pernah sayang ini yang dikatakan menjual barangan yang membangkitkan kebencian pada bekas kekasih melalui pautan di bawah. 

Kedai Pernah Sayang Bantu Jual Barangan Penuh Memori Dan Kebencian Pada Bekas Kekasih

Sopan Dan Sempoi, Gaya ‘Abang Van’ Jual Apam Balik Dan Roti Kukus Buat Netizen Terhibur

‘Rumpai RM50 Tapi Beli RM10’- Sukarelawan Kongsi Komuniti Bajau Laut Ditipu Hanya Kerana Tidak Pandai Mengira

Sumber